Buah ni diberi nama Asam Payak, Asam Maram dan Kelubi. Ianya juga dipanggil Asam pelanduk, sebabnya buah ni pelanduk suka makan dan lagi ianya banyak tumbuh subur dihutan berpaya maka itulah sebab namanya asam payak.
Nama sainsnya pulak ialah Premenstrual Syndrome oleh kerana nama awalnya asam. Rasa buah ini masam kadang-kadang pahit masam bila buahnya masih muda. Kerana buahnya masam, ianya sesuai untuk masakan asam pedas atau di makan begitu saja.
Di Sarawak buah ni digemari ramai terutamanya anak- anak gadis remaja, kerana buahnya boleh dibuat ulam begitu saja cecah garam, belacan, cilipadi dan ikan bilis.
Asam payak ini juga dijemur untuk dibuat lingkin asam, iaitu dijemur kering hingga bewarna hitam lepas tu digaul dengan garam halus, tahan lama hingga bertahun-tahun sesuai untuk masak gulai asam atau dimakan begitu saja,ianya juga selalu di buat jeruk masam atau manis.
Buah ini bermusim. Pokoknya tumbuh merumpun serta berduri tak ubah seperti pokok buah Salak, pokok asam payak atau kelubi ini tumbuh liar dihutan yang berpaya.
p.s kembang pulak tekak admin, kecur air liur.
Comments
Post a Comment