Skip to main content

Midin Sarawak

Stenochlaena palustris dikenali sebagai midin di Sarawak, Malaysia. Midin merupakan tumbuhan paku pakis yang biasanya terdapat di kawasan paya gambut dan hutan belukar di negeri Sarawak. Midin dimakan sebagai sayuran yang popular seperti pucuk paku.
Midin telah menjadi satu hidangan kegemaran penduduk tempatan dan pelancong. Masakan pucuk midin kini turut disaji di hotel dan restoran mewah.
Biasanya hampir kesemua pucuk midin yang ada di pasaran ialah hasil pengutipan oleh penduduk tempatan dari hutan belukar yg banyak terdapat di negeri Sarawak.

Permintaan yang baik telah memberi pendapatan tambahan kepada penduduk luar bandar yang mengumpul paku midin dari hutan untuk dijual ke pasaran tempatan.

Cara memasak midin:

Bahan-bahannya,

Sayur midin
Bawang merah dan bawang putih
Pusuk atau ikan bilis
Belacan
Cabik atau cili padi
Minyak masak
Sedikit garam dan serbuk perasa

Bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan belacan ditumbuk hingga lumat. Panaskan minyak masak didalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik baunya. Masukkan midin, gaul dan masukkan sedikit air. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Bila midin sudah lembut, angkat dan hidangkan.

Sedap dimakan dengan nasi panas.

Midin juga boleh dibuat kerabu dan masak lemak.

Comments

Popular posts from this blog

Batang Ai

Batang Ai adalah tempat yang istimewa di mana pelawat boleh mengenali hutan hujan Borneo dan mempelajari tradisi kebudayaan Iban. Masyarakat setempat mempunyai budaya hidup yang menarik yang mereka ingin berkongsi dengan dunia. Kawasan ini juga merupakan tempat tinggal orangutan yang paling popular di Sarawak. Batang Ai juga mempunyai ciri-ciri semula jadi yang menarik dengan hutan hujan dan hidupan liar menjadikan destinasi ini sebagai destinasi pengembaraan yang unik. Taman Negara Batang Ai mempunyai hutan hujan yang terpelihara seluas 24,040 hektar dan Santuari Hidupan Liar Lanjak-Entimau seluas 192,800 hektar, yang terletak di Taman Negara Bentuang-Karimun seluas 771,200 hektar di sempadan Kalimantan. Kawasan pemuliharaan Ulu Sungai Menyang yang seluas 14,000 hektar juga merupakan sebahagian dari Taman Negara Batang Ai. Semua kawasan ini telah diisytiharkan sebagai tapak pemuliharaan, dan membentuk hotspot biodiversiti yang penting di dunia yang menyediakan habitat yang berharga...

Rosli Dhoby

Rosli Dhoby (1932–2 Mac 1950) merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melayu, berdasarkan darah ayahnya yang berketurunan Palembang. Manakala ibunya berketurunan Melanau. Rosli dilahirkan pada 18 Mac 1932 di Kampung Pulo, Sibu, Sarawak dan merupakan anak kedua dalam keluarga. Bapanya, Dhobi bin Buang, dikatakan berasal dari Indonesia dan keturunan Raden. Ibunya, Habibah binti Haji Lamit berasal dari keluarga di Mukah. Sedikit yang diketahui tentang kehidupannya yang terdahulu walaupun rakannya menganggap Rosli sebagai orang yang boleh didekati walaupun beliau merupakan seorang yang pendiam. Beliau mempunyai kakak sulung dan adik lelaki, Fatimah dan Ainie. Rosli memulakan kerjayanya sebagai guru dan berhenti kerja pada tahun 1947 untuk mengajar di Sekolah Rakyat Sibu. Sebelum itu, beliau bekerja di Jabatan Kerja Raya Sarawak dan Utusan Sarawak. Rosli dikenali sebagai seorang nasionalis dan seorang penyair. Menggunakan nama samar...