Sebut saja kenduri kahwin, semua orang kampung akan jadi teruja terutama sekali anak-anak muda. Sebelah malam sebelum hari persandingan keesokan harinya memang di tunggu-tunggu oleh semua. Malam berinai atau malam berlulut kata orang Sarawak memang meriah. Malam ini lah acara bergendang atau bermukun akan di adakan. Rumah pengantin perempuan meriah sekali umpama ada konsert.
Bermukun atau lebih dikenali sebagai bergendang tidak asing lagi dengan budaya masyarakat Sarawak. Selalunya pemukul gendang akan dijemput semasa hari persandingan. Pemukul gendang akan berpantun sambil memukul gendang manakala penandak atau penari akan menari joget sambil membalas pantun pemukul gendang. Selalu nya acara ini akan berlanjutan sehingga ke tengah malam.
Comments
Post a Comment