Borneo Samariang Resort City adalah Pusat Perlancongan baru di Bandar Baru Samariang, yang merupakan bandar satelit baru yang pesat membangun di utara Kuching. Ianya adalah sebuah resort yang berkeluasan 500 ekar yang direka untuk percutian dan penginapan pinggir bandar di Kuching, Sarawak.
Ianya terletak strategik berdekatan dengan Bandar Samariang dan Pasir Pandak, mudah dikunjungi dan hanya 25 minit pemanduan dari Pusat Bandar Kuching dan hanya 35 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Borneo Samariang Resort City akan menjadi destinasi pusat perlancongan utama di Kuching, Sarawak yang menawarkan pelbagai tarikan santai keluarga seperti taman tema air bertaraf dunia dan taman safari. Kemudahan kedai makanan dan minuman, galeri, kemudahan bilik mesyuarat, konvensyen dan bilik pameran serta penginapan berjumlah lebih daripada 2,000 bilik. Di samping itu, 2,000 rumah kediaman dan kedai runcit juga akan turut dibangunkan.
Borneo Samariang Resort City akan menjadi sebab untuk pelancong dari dalam dan luar negara untuk melawat Kuching. Borneo Samariang Resort City juga menawarkan kualiti dan pengalaman masa lapang keluarga yang sihat untuk komuniti setempat.
#lovesarawak
Comments
Post a Comment