Festival Sape Belia Borneo atau Borneo Youth Sape Festival julung kalinya diadakan di Malaysia. Ianya akan berlansung pada 2 Disember dari lapan pagi hingga tengah malam di Kampung Budaya 1Malaysia Zoo Bee @ Zoo Bee’s 1Malaysia Cultural Village di Sibu.
Festival ini adalah bagi memperlihat dan mempersembahkan keunikan instrumen ikonik Sarawak dan pulau Borneo iaitu Sape atau 'Seruling bot @ Boat Lute'. Semasa festival kita akan dihiburkan oleh para pemuzik yang akan berkongsi muzik tradisional dan kontemporari mereka dengan memainkan alat muzik ini.
Festival Sape menampilkan beberapa nama terbesar Sarawak dalam muzik Sape termasuk Jerry kamit, Alena Murang, At Adau dan banyak lagi.
Comments
Post a Comment