Skip to main content

Jambatan Darul Hana

Bandaraya Kuching merupakan ibu negeri pertama yang diisytiharkan sebagai "Bandar Perpaduan @ City Of Unity" di Malaysia kini mempunyai mercu tanda baru merupakan jambatan di Sungai Sarawak.

Mercu tanda baru yang dinamakan "Jambatan Darul Hana" yang menghubungkan Pangkalan Batu dan Pangkalan Sapi itu merupakan buah fikiran  Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Semasa upacara perasmian jambatan yang bernilai RM35 juta ini, beliau berkongsi sebab mengapa beliau mahu meneruskan pembinaan jambatan itu.
 
Pada zaman mudanya, beliau sering menyeberangi sungai menggunakan bot 'penambang' untuk ke seberang. Beliau kemudian sedar betapa  indah dan cantik serta kelihatan berbezanya Sungai Sarawak apabila bot itu sampai ke tengah-tengah sungai.

Selain dari itu kata beliau lagi, struktur jambatan yang berbentuk S dan 335m panjang itu juga mengandungi unsur-unsur jambatan buluh komuniti Bidayuh dengan reka bentuk futuristik, disokong oleh kabel keluli yang dihubungkan dengan dua menara jambatan

Beliau turut menjelaskan bahawa nama jambatan itu membawa makna "Home to Peace and Tranquility".

Dalam sejarah Sarawak semasa diperintah oleh Sultan Tengah, beliau telah menamakan Sarawak 'Sarawak Darul Hana'.

Beliau menyampaikan penghargaannya kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg dan kerajaan negeri kerana menjadikan wawasannya satu realiti.

Ketua Menteri Sarawak berkata jambatan itu akan menjadi sebahagian daripada Jejak Warisan, yang memudahkan akses ke tapak bersejarah Kuching.

Pelancong boleh berjalan kaki dari Kuching ke bangunan Dewan Undangan Negeri Lama melalui Botanic Gardens dan Orchid Garden ke  Fort Margherita dan Komplek Dewan Undangan Negeri.

Bukan sahaja jambatan itu dijadikan tarikan baru, mercu tanda itu juga akan mengingatkan penduduk Sarawak tentang sejarah negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

Midin Sarawak

Stenochlaena palustris dikenali sebagai midin di Sarawak, Malaysia. Midin merupakan tumbuhan paku pakis yang biasanya terdapat di kawasan paya gambut dan hutan belukar di negeri Sarawak. Midin dimakan sebagai sayuran yang popular seperti pucuk paku. Midin telah menjadi satu hidangan kegemaran penduduk tempatan dan pelancong. Masakan pucuk midin kini turut disaji di hotel dan restoran mewah. Biasanya hampir kesemua pucuk midin yang ada di pasaran ialah hasil pengutipan oleh penduduk tempatan dari hutan belukar yg banyak terdapat di negeri Sarawak. Permintaan yang baik telah memberi pendapatan tambahan kepada penduduk luar bandar yang mengumpul paku midin dari hutan untuk dijual ke pasaran tempatan. Cara memasak midin: Bahan-bahannya, Sayur midin Bawang merah dan bawang putih Pusuk atau ikan bilis Belacan Cabik atau cili padi Minyak masak Sedikit garam dan serbuk perasa Bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan belacan ditumbuk hingga lumat. Panaskan minyak masak...

Bung Jagoi

Masyarakat Jagoi-Bratak yang pertama menetap di Bung Bratak ketika mereka bermigrasi sekitar 750 tahun yang lalu dari Gunung Sungkong di Kalimantan Barat, Indonesia. Kemudian pada awal tahun 1840-an, mereka berpindah dari Bung Bratak ke kawasan sekitar membentuk 34 kampung yang berbeza. Bung Jagoi adalah kampung Bidayuh pertama di kawasan Jagoi. Terletak di pelana Gunung Jagoi yang terletak di 1,600 kaki dari kaki Gunung Jagoi. Apabila penduduk semakin meningkat dan keperluan untuk tanah pertanian semakin meningkat, banyak keluarga bergerak ke kaki bukit di sekitarnya dan akhirnya membentuk lapan kampung yang kini dikenali sebagai Bogag, Duyoh, Plaman Buow, Serasot, Serikin, Sibobog, Skibang, Stass Sarawak dan lima kampung lain di Indonesia iaitu Babang, Kindau, Sejaro, Belida dan Take. Dari 34 asal, hanya 13 rumah lama bersama dengan sebuah pusat upacara yang terdiri daripada Baruk (rumah tengkorak) dan sebuah rumah Gawai kekal. Pada masa ini, hanya satu keluarga yang tinggal di kam...

Masyarakat Kayan

Sebagai suku pribumi di tengah Borneo, rakyat Kayan sama dengan jirannya, suku Kenyah, yang mana mereka dikumpulkan bersama dengan penduduk Bahau di bawah kumpulan orang Apo Kayan. Penduduk kumpulan etnik Kayan mungkin berjumlah 27,000. Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan besar orang yang dirujuk secara kolektif sebagai Orang Ulu. Seperti masyarakat Dayak yang lain, mereka dikenali sebagai pahlawan yang sengit, bekas pemburu kepala, mahir dalam penanaman padi kering, dan mempunyai tatu yang luas dan telinga yang panjang. Mereka berasal dari sepanjang sungai Kayan di Kalimantan Utara Borneo. Mereka tinggal di sepanjang sungai Kayan atas dan sungai Kapuas dan Mahakam tengah. Mereka telah berkembang ke selatan Sarawak. Mereka telah menetap di Sarawak di tengah Sungai Baram, Sungai Bintulu dan di sepanjang Sungai Rajang, pada akhir abad ke-19. Pada tahun 1863 di Kalimantan Barat, orang Iban berhijrah ke arah aliran sungai Saribas dan Sungai Rejang dan mula menyerang orang Kayan di ...