Skip to main content

Sarawak Regatta

Kuching Waterfront Festival 2017 akan diadakan pada 10 Nov hingga 19 November 2017 di Kuching Waterfront. Sarawak Regatta pula sedang berlangsung bermula dari semalam 17 November dan akan berakhir esok 19 November 2017.

Acara perlumbaan bot ini dimeriahkan dengan penyertaan dari pelbagai agensi kerajaan, swasta dan juga peserta dari negara jiran Indonesia dan Brunei. Pasukan dari Kampung-Kampung sekitar Sarawak juga turut serta bagi memberi sokongan kepada acara perlumbaan bot ini. Setiap perahu panjang membawa tiga puluh pekayuh.

Sejarah regatta di Sarawak bermula dalam tahun 1872 semasa era James Brooke. Ianya diadakan dengan niat untuk menghentikan peperangan antara suku kaum tempatan di Sarawak. James Brooke kemudian mengarahkan semua suku kaum menyahut cabaran antara satu sama lain dengan menyertai perlumbaan perahu untuk membuktikan siapa lebih berkuasa dan kuat. Cabaran mengayuh perahu ini berjaya membawa keamanan. James Brooke menyeru semua suku kaum menyahut cabaran tersebut tanpa ada unsur keganasan, tetapi dengan penuh semangat kesukanan. Juara perlumbaan perahu ini akan membuktikan yang mereka lebih berkuasa, kuat dan laju.

Kampung-Kampung di seluruh Sarawak akan menghantar wakil mereka untuk bersaing dalam Regatta ini untuk merebut Anugerah Raja Sungai.

#lovesarawak

Comments

Popular posts from this blog

Midin Sarawak

Stenochlaena palustris dikenali sebagai midin di Sarawak, Malaysia. Midin merupakan tumbuhan paku pakis yang biasanya terdapat di kawasan paya gambut dan hutan belukar di negeri Sarawak. Midin dimakan sebagai sayuran yang popular seperti pucuk paku. Midin telah menjadi satu hidangan kegemaran penduduk tempatan dan pelancong. Masakan pucuk midin kini turut disaji di hotel dan restoran mewah. Biasanya hampir kesemua pucuk midin yang ada di pasaran ialah hasil pengutipan oleh penduduk tempatan dari hutan belukar yg banyak terdapat di negeri Sarawak. Permintaan yang baik telah memberi pendapatan tambahan kepada penduduk luar bandar yang mengumpul paku midin dari hutan untuk dijual ke pasaran tempatan. Cara memasak midin: Bahan-bahannya, Sayur midin Bawang merah dan bawang putih Pusuk atau ikan bilis Belacan Cabik atau cili padi Minyak masak Sedikit garam dan serbuk perasa Bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan belacan ditumbuk hingga lumat. Panaskan minyak masak...

Bung Jagoi

Masyarakat Jagoi-Bratak yang pertama menetap di Bung Bratak ketika mereka bermigrasi sekitar 750 tahun yang lalu dari Gunung Sungkong di Kalimantan Barat, Indonesia. Kemudian pada awal tahun 1840-an, mereka berpindah dari Bung Bratak ke kawasan sekitar membentuk 34 kampung yang berbeza. Bung Jagoi adalah kampung Bidayuh pertama di kawasan Jagoi. Terletak di pelana Gunung Jagoi yang terletak di 1,600 kaki dari kaki Gunung Jagoi. Apabila penduduk semakin meningkat dan keperluan untuk tanah pertanian semakin meningkat, banyak keluarga bergerak ke kaki bukit di sekitarnya dan akhirnya membentuk lapan kampung yang kini dikenali sebagai Bogag, Duyoh, Plaman Buow, Serasot, Serikin, Sibobog, Skibang, Stass Sarawak dan lima kampung lain di Indonesia iaitu Babang, Kindau, Sejaro, Belida dan Take. Dari 34 asal, hanya 13 rumah lama bersama dengan sebuah pusat upacara yang terdiri daripada Baruk (rumah tengkorak) dan sebuah rumah Gawai kekal. Pada masa ini, hanya satu keluarga yang tinggal di kam...

Masyarakat Kayan

Sebagai suku pribumi di tengah Borneo, rakyat Kayan sama dengan jirannya, suku Kenyah, yang mana mereka dikumpulkan bersama dengan penduduk Bahau di bawah kumpulan orang Apo Kayan. Penduduk kumpulan etnik Kayan mungkin berjumlah 27,000. Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan besar orang yang dirujuk secara kolektif sebagai Orang Ulu. Seperti masyarakat Dayak yang lain, mereka dikenali sebagai pahlawan yang sengit, bekas pemburu kepala, mahir dalam penanaman padi kering, dan mempunyai tatu yang luas dan telinga yang panjang. Mereka berasal dari sepanjang sungai Kayan di Kalimantan Utara Borneo. Mereka tinggal di sepanjang sungai Kayan atas dan sungai Kapuas dan Mahakam tengah. Mereka telah berkembang ke selatan Sarawak. Mereka telah menetap di Sarawak di tengah Sungai Baram, Sungai Bintulu dan di sepanjang Sungai Rajang, pada akhir abad ke-19. Pada tahun 1863 di Kalimantan Barat, orang Iban berhijrah ke arah aliran sungai Saribas dan Sungai Rejang dan mula menyerang orang Kayan di ...