Taman Negara Bako adalah taman negara yang terletak di Kuching Sarawak, Malaysia. Ia adalah Taman Negara yang tertua di Sarawak. Ia meliputi kawasan seluas 27.27 kilometer persegi.
Jarak perjalanan adalah kira-kira 40 kilometer dari bandaraya Kuching. Ianya tercipta hasil dari hakisan batu pasir lalu membentuk tebing curam dan tanjung yang berpasir putih. Hasil dari hakisan gelombang di dasar tebing terukirlah tanjung berbatu, gerbang laut dan 'seastacks' yang hebat dengan corak berwarna yang terbentuk hasil dari pemendapan besi.
'Seastack' yang terkenal adalah yang
berbentuk seperti kepala kobra dan boleh dilihat semasa menaiki bot menuju ke Taman Negara tersebut. Beberapa 'seastack' juga boleh dilihat semasa masuk ke Pantai Teluk Assam. Taman ini hanya boleh didatangi dengan menaiki bot selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia sering dikunjungi oleh pelancong dan peminat alam sekitar.
Penginapan seperti tapak perkhemahan dan chalet turut disediakan.
Bako adalah salah satu taman negara terkecil di Sarawak. Walau bagaimanapun, ia mempunyai hutan hujan yang dilindungi, hidupan liar, sungai, air terjun,
pantai terpencil dan laluan trekking.
Terdapat 16 laluan bertanda bagi kemudahan para pengunjung. Bako merupakan salah satu taman yang paling popular di Sarawak.
Comments
Post a Comment