Acara Krismas termasuk perarakan dan pertandingan menghias pokok Krismas akan diadakan di seluruh bandar Kuching, Miri dan Sibu sepanjang bulan Disember.
Pertandingan Menghias Pokok Krismas yang ke-8 di Sibu Town Square akan berlangsung dari 27 November hingga 31 Disember dan hiasan pokok Krismas sepanjang bulan Disember di Sibu.
Perarakan Krismas di bandaraya Kuching pula akan diadakan pada 2 Disember di perkarangan Jubilee MBKS.
Miri City Christmas Parade Edisi ke 10 akan berlangsung pada 9 Disember, bermula di Miri City Fan dan jalan-jalan utama di bandaraya Miri.
Comments
Post a Comment