Stenochlaena palustris dikenali sebagai midin di Sarawak, Malaysia. Midin merupakan tumbuhan paku pakis yang biasanya terdapat di kawasan paya gambut dan hutan belukar di negeri Sarawak. Midin dimakan sebagai sayuran yang popular seperti pucuk paku. Midin telah menjadi satu hidangan kegemaran penduduk tempatan dan pelancong. Masakan pucuk midin kini turut disaji di hotel dan restoran mewah. Biasanya hampir kesemua pucuk midin yang ada di pasaran ialah hasil pengutipan oleh penduduk tempatan dari hutan belukar yg banyak terdapat di negeri Sarawak. Permintaan yang baik telah memberi pendapatan tambahan kepada penduduk luar bandar yang mengumpul paku midin dari hutan untuk dijual ke pasaran tempatan. Cara memasak midin: Bahan-bahannya, Sayur midin Bawang merah dan bawang putih Pusuk atau ikan bilis Belacan Cabik atau cili padi Minyak masak Sedikit garam dan serbuk perasa Bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan belacan ditumbuk hingga lumat. Panaskan minyak masak...
Love Sarawak adalah halaman di mana ia menyampaikan maklumat dan fakta tentang Sarawak, apa yang berlaku di sekitar Sarawak, acara akan datang, acara yang sedang berlangsung dan sebagainya mengenai Sarawak tercinta / Love Sarawak is a page where it delivers information and facts about Sarawak, what's happening around Sarawak, upcoming events, ongoing events and so forth about our lovely Sarawak
Comments
Post a Comment