Kelabit adalah kaum asli masyarakat Sarawak / Kalimantan Utara di dataran tinggi Borneo. Mereka mempunyai
hubungan rapat dengan masyarakat Lun Bawang.
Tinggal di ketinggian lebih 1,200 meter dengan hanya jalan pembalakan sebagai penghubung dan sebahagian besar penempatan masyarakat ini tidak boleh diakses oleh sungai kerana jeram dan dataran tinggi membuatkan masyarakat
Kelabit tidak dipengaruhi oleh pengaruh moden.
Walau bagaimanapun, terdapat satu laluan jalan di mana Bario boleh dihubungi dengan
kereta dari Miri. Ianya mengambil masa lebih dari 11 jam pemanduan untuk sampai ke Bario dari Miri.
Dengan penduduk kira-kira 6,600 orang (2013), Kelabit terdiri daripada salah satu kumpulan etnik terkecil di Sarawak.
Ramai yang telah berhijrah ke kawasan bandar dan dianggarkan hanya 1,200 lagi yang tinggal. Masyarakat yang tinggal bertekad tinggal di rumah panjang yang diwarisi dan mengamalkan kehidupan
generasi lama.
Mereka menamam padi sawah, padi bukit, jagung, ubi kayu, nanas, labu, timun, kacang, kopi, rumput jeruk, taro dan buah strawberi. Memburu dan memancing juga masih diamalkan.
Kerbau merupakan salah satu dari
tujuh yang diperlukan untuk mas kahwin dalam masyarakat Kelabit.
Comments
Post a Comment