Masyarakat Melayu Sarawak merupakan 23.4% dari penduduk Sarawak pada tahun 2015. Peratusan ini menjadikan penduduk Melayu Sarawak yang kedua terbesar selepas Iban (28%)
Masyarakat Melayu Sarawak telah lama menamatkan fasa merantau dan telah lama mendiami di semua Bahagian. Mereka bukan sahaja terdapat di pesisir dan pertengahan legeh sungai tetapi mendiami juga kawasan pedalaman negeri Sarawak.
Berbeza dengan suku-kaum bumiputera yang lain, Melayu Sarawak memiliki kebudayaan hidup berbanding kebudayaan kebendaan. Pasangan Melayu Sarawak, lelaki akan berbaju Melayu Cekak Musang dan dengan sabok kain songket Sarawak dan songkok. Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga, kepala dihiasi selayah diserikan selempang sarung di bahu. Wanita Melayu Sarawak mengenakan Baju Kurung broked, sarung songket bunga tabur, selayah kerengkam dan selempang songket.
Comments
Post a Comment