Pua Kumbu adalah kain yang mempunyai corak tradisional yang warna warni yang digunakan oleh Kaum Iban, dibuat dan digunakan di Sarawak.
Terdapat banyak legenda tentang asal usul Pua Kumbu. Ceritanya bermula dengan Menggin, seorang pemburu Iban yang menembak seekor burung yang cantik dengan peyumpitnya. Ketika dia berlari untuk mengambil hasil sumpitannya, apa yang dia temui adalah kain tenunan dan bukannya burung. Dia menyimpan kain tenunan tersebut dengan baik seperti belum pernah dilihatnya sebelum itu.
Bagaimanapun, dia tidak tahu bahawa ia adalah milik Dara Tinchin Temaga, anak sulung dari petara yang dikenali sebagai Singalang Burong. Dia sedang mencari kainnya. Apabila dia bertemu dengan Menggin, Menggin memulangkan balik kain tenunan tersebut kepada Dara Tinchin Temaga.
Sebagai balasannya atas kebaikan Menggin, Dara pun berkahwin dengan Menggin, walaupun dia sudah berkahwin. Dia membawanya balik ke rumahnya, di dunia para Dewa. Mereka juga mempunyai seorang anak lelaki, Sera Gunting.
Selepas setahun, suami pertama Dara pulang ke rumah. Dia menyuruh Menggin dan Sera untuk kembali ke dunia. Untuk perjalanan balik ke dunia mereka memakai jaket yang dikenali sebagai baju burong dan kain yang dara telah tenun.
Sejak hari itu, jaket dan kain tersebut telah diserahkan kepada banyak wanita Iban supaya mereka dapat menenun rekaan yang sama dan tetap dekat dengan para Dewa. Begitulah cara tenunan pua kumbu bermula.
Proses pencelupan dan tenunan
Proses ini bermula dengan menyediakan benang untuk tenunan, yang terdiri daripada yang berikut:
Nabu'- menggulung benang menjadi bola
Muai - meyusun dan mengasing
Ngirit - proses meregangan dan menarik kulit benang secara mendatar, satu benang pada satu masa, untuk membentuk dasar
Ngarap
Ngebat - mengikat
Mampul - untuk menampung
Muka 'tanchang - membuka ikatan
Ngerembai - membuka lipatan
Anak & Ara - menambah reka bentuk sampingan
Tenun - untuk penyediaan proses tenunan, benang akan dirungkai dan disusun dengan hati-hati pada bingkai kayu. Sebelum tenunan bermula, bahagian tepi benang yang terbelah dikenali sebagai anak atau ara diatur dengan teliti. Nenun atau Tenun dilakukan menggunakan mesin tenun yang diletakkan di tempat di dalam rumah panjang. Peringkat akhir melibatkan penamat pada tepi, atas dan bawah dengan pola kedutan dan garis halus.
Pencelupan - semua bahan mentah untuk pewarna semulajadi dituai dari hutan. Kaum Iban secara tradisinya memanfaatkan sebilangan besar tumbuhan untuk menghasilkan pelbagai jenis pewarna. Tumbuhan rengat menghasilkan warna 'indigo' dengan pelbagai tona. Akar penawar landak digunakan untuk mendapatkan pewarna warna kuning. Untuk pewarna Engkudu, kapok atau kapur yang ditambah dalam warna kuning akan berubah menjadi coklat. Benang akan dicelup ke dalam pewarna, bertukar warna, dibiarkan berendam sebelum dikeringkan di bawah matahari. Selepas proses mewarna benang, benang akan disediakan dengan mengikat bahagian bahagian untuk mebuat reka bentuk.
Comments
Post a Comment