Sibu Bike Week Yang Ke 7 akan berlangsung selama 3 hari pada 8 hingga 10 Disember di Sibu Town Square.
Antara aktiviti semasa acara ialah pameran motosikal dan kereta, pertandingan Big Bike, Swan City Ride, pertunjukan kereta drift dan stunt motorsikal serta booth pameran untuk semua jenis aksesori big bike dan kereta.
Terdapat juga pameran dan pertandingan tatu, pertandingan skateboarding, tarian dan persembahan band tempatan, "Pertandingan Battle of the Band" dan pertandingan Miss Sibu Bike Week.
Acara ini bertujuan untuk mengumpul dan menyatukan pemilik dan peminat big bike serta masyarakat yang ingin tahu serta menghargai motosikal berkuasa tinggi dan keseniannya.
Comments
Post a Comment