Pertandingan Sukan Sarawak (SukSar) 2017 akan diadakan di Kompleks Sukan Sarawak di Petra Jaya, Kuching dari 14 - 17 Disember 2017.
Bahagian Kuching akan menjadi tuan rumah bagi temasya tahun ini yang akan menampilkan 14 acara yang berbeza termasuk 4 untuk atlet khas.
Bahagian-bahagian yang terlibat dikelompokkan kepada 4 zon iaitu Zon Utara (Limbang, Miri dan Bintulu), Zon Tengah (Kapit, Sibu dan Mukah), Zon Timur (Sarikei, Betong dan Sri Aman) dan Zon Selatan (Kuching, Samarahan dan Serian) .
Acara sukan yang akan diadakan ialah akuatik, angkat besi, gim, memanah, olahraga, silat, ragbi, sepak takraw, karate, Muay, boling padang, Judo, bola baling dan badminton. Acara untuk atlet khas pula ialah renang, powerlifting, memanah dan olahraga.
Comments
Post a Comment