Ayam masak Kacang Ma adalah masakan unik sarawak yang berasal dari kaum Cina Hakka.
Bercakap mengenai khasiat kacangma, ia adalah sejenis herba kesihatan yang popular di Sarawak.
Herba ini dipercayai berkesan untuk membaiki peredaran darah, menjaga kesihatan wanita khususnya untuk melancarkan kitaran haid dan mempercepatkan pengecutan uterus selepas bersalin.
Bahan-bahan untuk membuatnya mudah sahaja :
1. Ayam
2. Setengah peket (50mg) Kacang ma (hanya terdapat di supermarket Sarawak)
3. Halia muda
4. Bawang putih dan bawang merah (jika anda suka)
5. Minyak masak untuk menggoreng bawang(jika guna bawang)
6. Garam
7. Air
*bagi mereka yang bukan beragama islam, kebiasaannya masakan ini akan dicampur dengan dengan arak putih/tuak.
Comments
Post a Comment