Kuching Heritage Race 2018 edisi ketiga akan diadakan pada 27 Januari 2018. Berikutan kejayaan acara sebelumnya, tema untuk tahun 2018 adalah - Budaya Bertemu Alam ( Culture meets Nature ) lengkap dengan laluan baru dan cabaran baru untuk menguji otak, fizikal dan keupayaan peserta.
Tumpuan utama tema tahun ini ialah warisan Kuching dan bagaimana unsur alam telah diselit dan diperlihatkan dalam pembangunan, aktiviti dan budaya kita. Perlumbaan ini bertujuan untuk memperkenalkan penduduk dan pelawat warisan kita dengan menyediakan cara baru untuk menghargai apa yang kita ada dan untuk lebih memahami mengapa kita perlu mengekalkan dan mejaganya untuk generasi akan datang.
Kuching adalah sebuah bandar yang berbilang budaya dengan sejarah yang panjang termasuk Sultan, ketua puak, pedagang Cina dan India, White Rajah, Pendudukan Jepun, pembebasan Australia dan masa sebagai koloni British. Pasukan akan berlumba melalui Central Kuching menguji pengetahuan dan ketangkasan peserta dengan menjawab soalan atau menjalankan aktiviti berdasarkan petunjuk dan arahan yang diberikan.
Comments
Post a Comment