Skip to main content

Rentap ( Part 3 )

Dengan itu, Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di Sungai Lang iaitu di hulu Sungai Skrang. Semasa mempertahankan kubu ini, pasukan Rentap telah melaung-laungkan semangat perjuangan mereka yang kental iaitu "Agi Bedarah, Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi masih berdarah, Selagi itulah melawan" dan slogan yang paling terkenal hingga ke hari ini ialah “Agi Idup, Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi Hidup, Selagi itulah melawan". Ada beberapa orang daripada pasukan Brooke yang mara menghampiri kubu Rentap telah ditembak dan terkorban. Namun, angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap ini pada Ogos 1854 kerana tembakan meriam merobohkan pagar kayu di sekeling rumah mereka dan pasukan Rentap hanya ada bedil kecil sahaja untuk membalas tembakan meriam. Rentap sendiri telah tercedera semasa pertempuran ini. Oleh itu, Rentap dengan sebilangan pengikut beliau berundur dan membina kubu di sebuah bukit yang bernama Bukit Sadok.

Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana kedudukannya di atas puncak bukit yang tinggi dan dikelilingi oleh tebing-tebing curam yang sukar untuk didaki. Juga hanya ada satu jalan sempit di atas gaung yang begitu dalam untuk sampai ke kubu Rentap ini. Sekeliling kubu ini diperkuat oleh pagar kayu tebelian yang keras dan setebal dua kaki. Rentap juga ada sebatang meriam yang besar untuk mempertahankan kotanya yang dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Meriam ini telah dibawa oleh rakan seperjuangannya iaitu Aji Apai Limba yang merupakan anak kepada Orang Kaya Pemancha Dana "Bayang". Aji telah terkorban ditembak oleh pasukan Brooke di Sungai Langit sebelum menyerang Rentap di kubunya di Bukit Sadok.

Comments

Popular posts from this blog

Midin Sarawak

Stenochlaena palustris dikenali sebagai midin di Sarawak, Malaysia. Midin merupakan tumbuhan paku pakis yang biasanya terdapat di kawasan paya gambut dan hutan belukar di negeri Sarawak. Midin dimakan sebagai sayuran yang popular seperti pucuk paku. Midin telah menjadi satu hidangan kegemaran penduduk tempatan dan pelancong. Masakan pucuk midin kini turut disaji di hotel dan restoran mewah. Biasanya hampir kesemua pucuk midin yang ada di pasaran ialah hasil pengutipan oleh penduduk tempatan dari hutan belukar yg banyak terdapat di negeri Sarawak. Permintaan yang baik telah memberi pendapatan tambahan kepada penduduk luar bandar yang mengumpul paku midin dari hutan untuk dijual ke pasaran tempatan. Cara memasak midin: Bahan-bahannya, Sayur midin Bawang merah dan bawang putih Pusuk atau ikan bilis Belacan Cabik atau cili padi Minyak masak Sedikit garam dan serbuk perasa Bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan belacan ditumbuk hingga lumat. Panaskan minyak masak...

Bung Jagoi

Masyarakat Jagoi-Bratak yang pertama menetap di Bung Bratak ketika mereka bermigrasi sekitar 750 tahun yang lalu dari Gunung Sungkong di Kalimantan Barat, Indonesia. Kemudian pada awal tahun 1840-an, mereka berpindah dari Bung Bratak ke kawasan sekitar membentuk 34 kampung yang berbeza. Bung Jagoi adalah kampung Bidayuh pertama di kawasan Jagoi. Terletak di pelana Gunung Jagoi yang terletak di 1,600 kaki dari kaki Gunung Jagoi. Apabila penduduk semakin meningkat dan keperluan untuk tanah pertanian semakin meningkat, banyak keluarga bergerak ke kaki bukit di sekitarnya dan akhirnya membentuk lapan kampung yang kini dikenali sebagai Bogag, Duyoh, Plaman Buow, Serasot, Serikin, Sibobog, Skibang, Stass Sarawak dan lima kampung lain di Indonesia iaitu Babang, Kindau, Sejaro, Belida dan Take. Dari 34 asal, hanya 13 rumah lama bersama dengan sebuah pusat upacara yang terdiri daripada Baruk (rumah tengkorak) dan sebuah rumah Gawai kekal. Pada masa ini, hanya satu keluarga yang tinggal di kam...

Masyarakat Kayan

Sebagai suku pribumi di tengah Borneo, rakyat Kayan sama dengan jirannya, suku Kenyah, yang mana mereka dikumpulkan bersama dengan penduduk Bahau di bawah kumpulan orang Apo Kayan. Penduduk kumpulan etnik Kayan mungkin berjumlah 27,000. Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan besar orang yang dirujuk secara kolektif sebagai Orang Ulu. Seperti masyarakat Dayak yang lain, mereka dikenali sebagai pahlawan yang sengit, bekas pemburu kepala, mahir dalam penanaman padi kering, dan mempunyai tatu yang luas dan telinga yang panjang. Mereka berasal dari sepanjang sungai Kayan di Kalimantan Utara Borneo. Mereka tinggal di sepanjang sungai Kayan atas dan sungai Kapuas dan Mahakam tengah. Mereka telah berkembang ke selatan Sarawak. Mereka telah menetap di Sarawak di tengah Sungai Baram, Sungai Bintulu dan di sepanjang Sungai Rajang, pada akhir abad ke-19. Pada tahun 1863 di Kalimantan Barat, orang Iban berhijrah ke arah aliran sungai Saribas dan Sungai Rejang dan mula menyerang orang Kayan di ...