Akan tetapi, Rentap telah berundur ke Bukit Lanjak Entimau yang menjadi punca-punca air Batang Skrang, Lemanak dan Engkari. Kemudian, beliau turun ke Ulu Entabai iaitu sebuah sungai cawangan kepada Sungai Kanowit dan Julau di mana beliau membina sebuah kubu di Bukit Stulak. Pada usia tuanya, Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Mayat dan keranda Rentap tidak ditanam dalam tanah seperti biasa tetapi diletakkan dalam sebuah pondok sebagai tanda hormat kepada seseorang yang dianggap seorang pahlawan dan bangsawan. Setelah daging mayat beliau telah habis reput, tulang-tulang kerangka beliau telah disimpan di dalam tempayan oleh kerabat keluarga beliau. Inilah tanda pernghormatan yang paling tinggi untuk seseorang yang telah berjasa.
Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah tunduk kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah dibaik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1863.
Comments
Post a Comment