Borneo Samariang Water Park yang bertempat di Bandar Baru Semariang bakal memulakan operasinya kepada umum pada 31 Mac 2018. Taman tema yang pertama dibina di Bandaraya Kuching merupakan sebuah bandar satelit. Tiket masuk adalah RM 38.00 untuk orang dewasa dan RM 28.00 untuk kanak - kanak setinggi 90CM hingga umur 12 tahun & warga emas berusia 60 tahun ke atas. Manakala untuk kanak - kanak ketinggian dibawah 90 CM masuk adalah percuma
Akan tetapi, Rentap telah berundur ke Bukit Lanjak Entimau yang menjadi punca-punca air Batang Skrang, Lemanak dan Engkari. Kemudian, beliau turun ke Ulu Entabai iaitu sebuah sungai cawangan kepada Sungai Kanowit dan Julau di mana beliau membina sebuah kubu di Bukit Stulak. Pada usia tuanya, Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Mayat dan keranda Rentap tidak ditanam dalam tanah seperti biasa tetapi diletakkan dalam sebuah pondok sebagai tanda hormat kepada seseorang yang dianggap seorang pahlawan dan bangsawan. Setelah daging mayat beliau telah habis reput, tulang-tulang kerangka beliau telah disimpan di dalam tempayan oleh kerabat keluarga beliau. Inilah tanda pernghormatan yang paling tinggi untuk seseorang yang telah berjasa. Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah tunduk kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir ha...